Wednesday, 21 December 2011
Pengorbanan Ibu kita
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.
Semasa menemuduga salah seorang
calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga
perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah
sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon
tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.
Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."
Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis
itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun,
ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."
Pengurus meneruskan soalannya,
"Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai
pencuci kain dari rumah ke rumah."
Pengurus meminta gadis tersebut
menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak
tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.
Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"
Gadis itu menjawab, "Tidak
pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk
berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk
menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada
saya."
Pengurus tersebut memberitahu
dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu
ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan
berjumpa semula dengannya keesokan harinya.
Gadis itu merasakan peluang
untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah
dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.
Di rumah, ibunya berasa pelik
tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil
menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.
Gadis itu membersihkan tangan
ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu.
Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan
terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh
kesakitan apabila terkena air di tangannya.
Lama-kelamaan gadis itu mula
menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap
hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah
dan universiti.
Calar-calar itulah harga yang
perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa
depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis
itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih
tertinggal.
Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.
Pengurus tersebut menyedari air
mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang
telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"
Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."
Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"
Gadis itu menjawab : "Pertama,
saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan
saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja
saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang
untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."
Pengurus itu tersenyum lalu
berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja
yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan
orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara
utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."
Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.
Pengajaran dari cerita ini
adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah
payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.
p/S: aku bangga dgn mak ayah aku walaupun ayah hanya nelayan bebas dan mak plak tukang jahit. kerana mereka aku berjaya dalam pelajaran sampai sekarang. i love my parent.
Tuesday, 20 December 2011
♥ Kelebihan Nikah ♥
Betul ckp mak. Bila umur anak gadis mereka dah meningkat, fikiran mereka lebih tertumpu hanya perkataan KHAWIN. Tapi tidak pada aku. hikhik ( betul ke? mcm tak percaya je). Tapi entry kali ni aku tak nak discuss pasal perkhawinan tapi realiti kehidupan anak remaja zaman skrg. emmm apa y aku nak story ye?? First ak nak tanye mesti setiap hari korang dengar pasal kelahiran anak y tak ada bapak kan? realiti dunia akhir zaman. kadang2 aku terfikir apa y mereka nak kat dunia ni. Hidup hanya mahu buat dosa aje ke? tak terfikir ke si mereka yang buat ni terhadap mak ayah dia org kat umah? penat mak ayah dia org besarkan nak kasi jadi manusia berguna tetapi akhirnya!!!( fikir-fikirkan lah).
Stop bercerita hal diatas. ok dibawah nanti aku nak nyatakan sikit kebaikan org khawin dgn org y belagak dah khawin. mesti korang nak tahu bukan? Toooottttttttttttttttttttttttt..
♥ ♥ KELEBIHAN NIKAH ♥ ♥
♥ Saat akad nikah ~ dapat PAHALA!
♥ Suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Cium isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Renung isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!
♥ Suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nk gtau bnyaknya pahala ^,^)
♥ Suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
♥ Suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Main kenyit2 mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!
Allahu akbar...SERONOKNYA....
Ok then dari kelebihan diatas try korang bandingkan dengan org yang tak khawin tp belagak mcm dah khawin. mesti DOSA bukan?? MasyaAllah jauhkan diri aku dengan semua keburukan ini. Amin.
P/S: to anak remaja kalau dah rasa mcm dah nak khawin better ckp kat mak ayah elok-elok. dari kamu melakukan dosa baik kamu nikah bukan. dapat pahala lagi.. Dan utk ibubapa pulak kalau anak mereka minta utk berkhawin, aku rasa better bagi dari mereka bt perkara tak elok. Bak kata pepatah menconteng arang buntut kuali ke muka. (mesti hitam).
Wassalam. from Cik Gadis
Saturday, 3 December 2011
♥ Dalam Penantian ♥
Kata yang paling simple adalah I
Kata yang paling indah adalah LOVE
Dan
orang tersayang adalah YOU.
That’s why I LOVE YOU
Kau boleh cintakan aku
Kau boleh lupakan aku
Tapi, ketika kau ingin menemuiku
Lihat bayanganmu sendiri…
Seperti itulah, aku kan selalu ada untukmu…
Bt malam, bintanglah yg special
Bt bunga, kumbanglah yang special
But! Bt aq, cm kamulah yg plg special
Aq menulis namamu di langit
tp awan menghapusnya
aq menulis namamu di pantai
tp ombak menghapusnya
jadi aq menulis namamu di hatiku
biar tidak akan ada yg bisa
menghapusnya ♥♥♥
Kau boleh cintakan aku
Kau boleh lupakan aku
Tapi, ketika kau ingin menemuiku
Lihat bayanganmu sendiri…
Seperti itulah, aku kan selalu ada untukmu…
Bt malam, bintanglah yg special
Bt bunga, kumbanglah yang special
But! Bt aq, cm kamulah yg plg special
Aq menulis namamu di langit
tp awan menghapusnya
aq menulis namamu di pantai
tp ombak menghapusnya
jadi aq menulis namamu di hatiku
biar tidak akan ada yg bisa
menghapusnya ♥♥♥
Subscribe to:
Posts (Atom)