pencil&eraser story
PENSEL : Saya minta maaf.
PEMADAM : Untuk apa?Awak tak buat salah pun dengan saya.
PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya,awak cedera.Setiap kali saya
buat silap,awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan
saya.Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya,awak kehilangan
sebahagiaan dari diri awak,awak menjadi semakin kecil.
PEMADAM : Takpe,saya langsung tidak kisah tentangnya kerana...
saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat.Walaupun
suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang,saya bangga
dengan kerja saya ni.Jadi jangan la risau sebab saya benci tengok awak
bersedih...:)..
P/S: 'Ingatlah,ibubapa kita juga boleh
diibaratkan sebagai pemadam diatas dan kita sebagai pensel.Mereka
sentiasa berada disisi kita,membetulkan segala kesilapan yang kita
lakukan.Kadang-kadang mereka terluka,akan menjadi kecil(tua) dan
akhirnya hilang(meninggal dunia).Jagalah ibu anda dan balaslah jasa
mereka dengan kebaikan'.
No comments:
Post a Comment