|
gambar hiasan |
Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah r.a. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :
1. Ali binAbi Talib (suami Fatimah r.a)
2. Hasan (anak Fatima r.a)
3. Husin (anak Faimah r.a)
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary r.a
Sewaktu jenazah Fatimah r.a diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin
Al-Ghifary r.a berkata kepada kubur, "Wahai kubur, tahukah kamu jenazah
siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah
Siti Fatimah az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W." Maka berkata kubur, "Aku
bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun
aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan
selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia
tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk-
buruknya)."
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu
hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara
semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya
2. Hendaklah dia rajin bersedekah
3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan
memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan
melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :
1. Jangan berdusta.
2. Jangan mengkhianat.
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).
4. Jangan kencing sambil berdiri.
Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Bersucilah kamu semua dari
kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari
kencing." [Hadith Riwayat Muslim]
Seseorang itu tidak dijamin
akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang
alim ulama' atau seorang anak yg bapanya sangat dekat dengan Allah
S.W.T
Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu
orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya,
kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan
sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa
kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat
Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.
Pada hari ini
kalau kita berkata kepada saudara kita yg jahil takutlah kamu kepada
Allah dan takutlah kamu kepada soalan yg akan dikemukakan ke atas kamu
oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab, "Ah
mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya."
Itu adalah
kata-kata orang yg tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat
menjawab setiap soalan di alam kubur jikalau dia tidak mengamalkannya
sebab yg akan menjawab ialah amalnya sendiri.
No comments:
Post a Comment