Wednesday 21 December 2011

pencil&eraser story

PENSEL : Saya minta maaf.

 
PEMADAM : Untuk apa?Awak tak buat salah pun dengan saya.

PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya,awak cedera.Setiap kali saya buat silap,awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya.Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya,awak kehilangan sebahagiaan dari diri awak,awak menjadi semakin kecil.

PEMADAM : Takpe,saya langsung tidak kisah tentangnya kerana... saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat.Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang,saya bangga dengan kerja saya ni.Jadi jangan la risau sebab saya benci tengok awak bersedih...:)..

 
P/S: 'Ingatlah,ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai pemadam diatas dan kita sebagai pensel.Mereka sentiasa berada disisi kita,membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan.Kadang-kadang mereka terluka,akan menjadi kecil(tua) dan akhirnya hilang(meninggal dunia).Jagalah ibu anda dan balaslah jasa mereka dengan kebaikan'.

Pengorbanan Ibu kita

 
 
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka

p/S: aku bangga dgn mak ayah aku walaupun ayah hanya nelayan bebas dan mak plak tukang jahit. kerana mereka aku berjaya dalam pelajaran sampai sekarang. i love my parent.

Tuesday 20 December 2011

♥ Kelebihan Nikah ♥

 Betul ckp mak. Bila umur anak gadis mereka dah meningkat, fikiran mereka lebih tertumpu hanya perkataan KHAWIN.  Tapi tidak pada aku. hikhik ( betul ke? mcm tak percaya je). Tapi entry kali ni aku tak nak discuss pasal perkhawinan tapi realiti kehidupan anak remaja zaman skrg. emmm apa y aku nak story ye?? First ak nak tanye mesti setiap hari korang dengar pasal kelahiran anak y tak ada bapak kan? realiti dunia akhir zaman. kadang2 aku terfikir apa y mereka nak kat dunia ni. Hidup hanya mahu buat dosa aje ke? tak terfikir ke si mereka yang buat ni terhadap mak ayah dia org kat umah? penat mak ayah dia org besarkan nak kasi jadi manusia berguna tetapi akhirnya!!!( fikir-fikirkan lah). 
Stop bercerita hal diatas. ok dibawah nanti aku nak nyatakan sikit kebaikan org khawin dgn org y belagak dah khawin.  mesti korang nak tahu bukan? Toooottttttttttttttttttttttttt..
♥ ♥ KELEBIHAN NIKAH ♥ ♥

♥ Saat akad nikah ~ dapat PAHALA! 
♥ Suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Cium isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Renung isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!
♥ Suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nk gtau bnyaknya pahala ^,^)
♥ Suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
♥ Suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Main kenyit2 mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!

Allahu akbar...SERONOKNYA....
Ok then dari kelebihan diatas try korang bandingkan dengan org yang tak khawin tp belagak mcm dah khawin. mesti DOSA bukan?? MasyaAllah jauhkan diri aku dengan semua keburukan ini. Amin.
P/S: to anak remaja kalau dah rasa mcm dah nak khawin better ckp kat mak ayah elok-elok. dari kamu melakukan dosa baik kamu nikah bukan. dapat pahala lagi.. Dan utk ibubapa pulak kalau anak mereka minta utk berkhawin, aku rasa better bagi dari mereka bt perkara tak elok. Bak kata pepatah menconteng arang buntut kuali ke muka. (mesti hitam).
Wassalam. from Cik Gadis
 

Saturday 3 December 2011

♥ Dalam Penantian ♥

Kata yang paling simple adalah I

Kata yang paling indah adalah LOVE
 
Dan orang tersayang adalah YOU.
 
That’s why I LOVE YOU

Kau boleh cintakan aku
Kau boleh lupakan aku
Tapi, ketika kau ingin menemuiku

Lihat bayanganmu sendiri…
Seperti itulah, aku kan selalu ada untukmu…

Bt malam, bintanglah yg special
Bt bunga, kumbanglah yang special
But! Bt aq, cm kamulah yg plg special

Aq menulis namamu di langit
tp awan menghapusnya

aq menulis namamu di pantai
tp ombak menghapusnya

jadi aq menulis namamu di hatiku
biar tidak akan ada yg bisa
menghapusnya ♥♥♥
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...