Wednesday 21 December 2011

pencil&eraser story

PENSEL : Saya minta maaf.

 
PEMADAM : Untuk apa?Awak tak buat salah pun dengan saya.

PENSEL : Saya minta maaf disebabkan saya,awak cedera.Setiap kali saya buat silap,awak pasti berada disitu untuk membetulkan kesilapan saya.Tapi setiap kali awak memadamkan kesilapan saya,awak kehilangan sebahagiaan dari diri awak,awak menjadi semakin kecil.

PEMADAM : Takpe,saya langsung tidak kisah tentangnya kerana... saya dibuat untuk membetulkan kesilapan yang awak dah buat.Walaupun suatu hari nanti saya tahu bahawa saya pasti akan hilang,saya bangga dengan kerja saya ni.Jadi jangan la risau sebab saya benci tengok awak bersedih...:)..

 
P/S: 'Ingatlah,ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai pemadam diatas dan kita sebagai pensel.Mereka sentiasa berada disisi kita,membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan.Kadang-kadang mereka terluka,akan menjadi kecil(tua) dan akhirnya hilang(meninggal dunia).Jagalah ibu anda dan balaslah jasa mereka dengan kebaikan'.

Pengorbanan Ibu kita

 
 
Pada suatu pagi, berlangsungnya satu temuduga di sebuah syarikat yang terkenal di Malaysia.

Semasa menemuduga salah seorang calon, pengurus syarikat tersebut mendapati seorang calon temuduga perempuan mempunyai rekod akademik yang baik sejak dari sekolah menengah sehinggalah sepanjang pengajiannya di universiti. Setiap semester calon tersebut memperoleh keputusan yang cemerlang.

Pengurus itu bertanya, "Adakah awak mendapat apa-apa biasiswa di sekolah atau universiti?"
Gadis itu menjawab "Tidak."

Pengurus itu bertanya lagi, "Jadi adakah ayah awak yang membayar semua yuran pengajian?"
Gadis itu menjawab,"Ayah saya telah meninggal ketika saya berusia satu tahun, ibu saya yang telah membayar semua yuran pengajian saya."

Pengurus meneruskan soalannya, "Ibu awak bekerja di mana?" Gadis itu menjawab,"Ibu saya bekerja sebagai pencuci kain dari rumah ke rumah."

Pengurus meminta gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya dan gadis tersebut menunjukkan tapak tangannya yang halus seperti tidak pernah membuat kerja berat.

Pengurus berasa hairan lalu bertanya lagi, "Awak tidak pernah membantu ibu awak mencuci kain dahulu?"

Gadis itu menjawab, "Tidak pernah. Ibu selalu berpesan supaya saya belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam kehidupan. Tidak pernah dia meminta saya untuk menolongnya membasuh pakaian. Lagipun ibu membasuh lebih cepat daripada saya."

Pengurus tersebut memberitahu dia mempunyai satu permintaan, dia menyuruh gadis tersebut membantu ibunya membersihkan tangan apabila gadis itu pulang ke rumah nanti dan berjumpa semula dengannya keesokan harinya.

Gadis itu merasakan peluang untuk memperoleh jawatan tersebut semakin tinggi. Dia pulang ke rumah dengan gembira untuk membersikan tangan ibunya.

Di rumah, ibunya berasa pelik tetapi tersentuh dengan keinginan anaknya membersihkan tangannya sambil menghulurkan kedua-dua belah tapak tangan kepada anaknya.

Gadis itu membersihkan tangan ibunya perlahan-lahan. Tanpa disedari air matanya mengalir ketika itu. Inilah kali pertama dia mendapati tangan ibunya begitu kasar dan terdapat banyak calar di tangan ibunya. Kadangkala ibunya mengaduh kesakitan apabila terkena air di tangannya.

Lama-kelamaan gadis itu mula menyedari bahawa tangan ini lah yang bersusah payah membasuh kain setiap hari untuk mendapatkan sedikit wang membiayai pengajiannya di sekolah dan universiti.

Calar-calar itulah harga yang perlu ibunya bayar demi kejayaannya yang cemerlang dan juga demi masa depan seorang anak. Setelah selesai membersihkan tangan ibunya, gadis itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian ibunya yang masih tertinggal.

Keesokkan harinya, gadis itu kembali semula ke pejabat.

Pengurus tersebut menyedari air mata bergenang di mata gadis tersebut lalu dia bertanya : "Apa yang telah awak buat dan pelajari semalam di rumah?"

Gadis itu menjawab : "Saya membersihkan tangan ibu saya dan membasuh semua baki pakaian yang masih tertinggal."

Pengurus itu bertanya lagi, "Apa yang anda rasa?"

Gadis itu menjawab : "Pertama, saya sedar apa itu pengorbanan seorang ibu, tanpa ibu, tiada kejayaan saya pada hari ini. Kedua, dengan bekerja bersama dengan ibu saya sahaja saya dapat belajar dan mengerti betapa sukarnya mendapat sedikit wang untuk hidup. Ketiga, saya tahu betapa pentingnya hubungan kekeluargaan."

Pengurus itu tersenyum lalu berkata, "Ini adalah apa yang saya mahukan, saya ingin mencari pekerja yang dapat menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain dan orang yang tidak akan meletakkan wang sebagai perkara utama dalam hidupnya. Awak diterima untuk bekerja di sini."

Gadis itu bekerja dengan tekun dan menerima rasa hormat dari rakan-rakan sekerjanya. Prestasi syarikat juga semakin meningkat.

Pengajaran dari cerita ini adalah kita hendaklah menghargai jasa ibu bapa yang banyak bersusah payah demi masa depan kita sebagai anak-anak.

Ringan-ringankan diri untuk membantu ibu atau ayah melakukan kerja-kerja di rumah. Dari situ, kita akan belajar untuk menghargai kesusahan dan keperitan yang dialami oleh mereka

p/S: aku bangga dgn mak ayah aku walaupun ayah hanya nelayan bebas dan mak plak tukang jahit. kerana mereka aku berjaya dalam pelajaran sampai sekarang. i love my parent.

Tuesday 20 December 2011

♥ Kelebihan Nikah ♥

 Betul ckp mak. Bila umur anak gadis mereka dah meningkat, fikiran mereka lebih tertumpu hanya perkataan KHAWIN.  Tapi tidak pada aku. hikhik ( betul ke? mcm tak percaya je). Tapi entry kali ni aku tak nak discuss pasal perkhawinan tapi realiti kehidupan anak remaja zaman skrg. emmm apa y aku nak story ye?? First ak nak tanye mesti setiap hari korang dengar pasal kelahiran anak y tak ada bapak kan? realiti dunia akhir zaman. kadang2 aku terfikir apa y mereka nak kat dunia ni. Hidup hanya mahu buat dosa aje ke? tak terfikir ke si mereka yang buat ni terhadap mak ayah dia org kat umah? penat mak ayah dia org besarkan nak kasi jadi manusia berguna tetapi akhirnya!!!( fikir-fikirkan lah). 
Stop bercerita hal diatas. ok dibawah nanti aku nak nyatakan sikit kebaikan org khawin dgn org y belagak dah khawin.  mesti korang nak tahu bukan? Toooottttttttttttttttttttttttt..
♥ ♥ KELEBIHAN NIKAH ♥ ♥

♥ Saat akad nikah ~ dapat PAHALA! 
♥ Suami peluk isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Cium isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Renung isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami bernafsu tengok isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami pegang isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Suami marah isteri (untuk menegur) ~ dapat PAHALA!
♥ Suami imamkan isteri ~ BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!(nk gtau bnyaknya pahala ^,^)
♥ Suami ajar isteri fardhu ain ~ dapat PAHALA!
♥ Suami setubuh isteri ~ dapat PAHALA!
♥ Main kenyit2 mata dengan isteri ~ dapat PAHALA!

Allahu akbar...SERONOKNYA....
Ok then dari kelebihan diatas try korang bandingkan dengan org yang tak khawin tp belagak mcm dah khawin. mesti DOSA bukan?? MasyaAllah jauhkan diri aku dengan semua keburukan ini. Amin.
P/S: to anak remaja kalau dah rasa mcm dah nak khawin better ckp kat mak ayah elok-elok. dari kamu melakukan dosa baik kamu nikah bukan. dapat pahala lagi.. Dan utk ibubapa pulak kalau anak mereka minta utk berkhawin, aku rasa better bagi dari mereka bt perkara tak elok. Bak kata pepatah menconteng arang buntut kuali ke muka. (mesti hitam).
Wassalam. from Cik Gadis
 

Saturday 3 December 2011

♥ Dalam Penantian ♥

Kata yang paling simple adalah I

Kata yang paling indah adalah LOVE
 
Dan orang tersayang adalah YOU.
 
That’s why I LOVE YOU

Kau boleh cintakan aku
Kau boleh lupakan aku
Tapi, ketika kau ingin menemuiku

Lihat bayanganmu sendiri…
Seperti itulah, aku kan selalu ada untukmu…

Bt malam, bintanglah yg special
Bt bunga, kumbanglah yang special
But! Bt aq, cm kamulah yg plg special

Aq menulis namamu di langit
tp awan menghapusnya

aq menulis namamu di pantai
tp ombak menghapusnya

jadi aq menulis namamu di hatiku
biar tidak akan ada yg bisa
menghapusnya ♥♥♥

Tuesday 23 August 2011

♥ Balik Kampung ♥

selama 1 bulan aku menunggu.
akhirnya esok tiba jua.
apa y aku tunggu yep???
hehhehe..

                                                    ini bas lompat2 y bawak aku balik kg

esok lepas kelas aku cau dulu.
tak sabar nk tunggu esok.
sampai je rumah mak dah janji ari tu nak masak mcm2 y ak nak.
gembiranya hati..



Monday 22 August 2011

kAWAN



MASIH  RAMAIKAH KAWAN SEPERTI INI PADA ZAMAN SEKARANG?

Thursday 18 August 2011

Mercun VS Raya

Detikan jam berlalu meninggalkan Ramadhan
Bergantikan Syawal untuk kita raikan.


 Sebut pasal Syawal, kita tidak pernah lari untuk membahaskan isu tentang mercun bukan?? Mercun sudah sinonim dengan ketibaan lembaran utk umat islam. Kenapa isu ni aku bahaskan kat sini?? Sebab aku terlanjur membaca My Metro (18/8/11)  dan salah satu isu y menarik perhatian aku adalah "MERCUN DIGENGAM MELETUP"


                                      Mohd Shafik Zuhairi Zainuddin, 13,
                                  (mangsa kedua kemalangan mercun di Terengganu)

Kasihan bukan? tapi nasib sudah menjadi bubur. kalau menyesal time ni pun dah tak ada gunanya. Mengupas isu berkaitan mercun, teringat memory ak pda tahun 2002. Time tu ak masih lagi di sekolah rendah. Darjah 5.

Aku masih ingat hari itu, hari penghabisan sekolah kerana minggu depannya akan raya. Biasala kan kalau hari terakhir sekolah, mesti cikgu minta berkumpul dan macam2 nasihat cikgu akan bagi. Nak di jadikan cerita, aku ni satu sekolah dgn abang aku y kedua . Abang aku tu teramat la nakal. masa perhimpunan pagi tu, cikgu ada sebut pasal main mercun. cikgu pesan jangan main mercun, bahaya. lagipun bakar mercun ibarat kita bakar duit kita la kan. membazir je.

usai dari perhimpunan pagi, setiap kelas mesti melakukan gotong royong bersihkan kelas. yela tak kan nak tinggalkan kelas dalam keadaan y kotor. Syaitan mesti suka tempat kotor. aku time tu sibuk la menyapu sampah buang apa y patut. time aku tengah menyapu tu, aku tengok abg aku muncul kat depan pintu kelas aku. tiba2  aku dengar bunyi mercun meletup. terkejut aku. tapi y peliknya, lepas aku bunyi letupan mercun tu, aku tengok lengan baju aku berasap dan berlubang. time tu baru aku tau y mercun abg aku baling tu tersalah masuk kat lengan baju aku. apa lagi melalak la aku kan tahan sakit. dan akhirnya abg aku dirotan cikgu.

tu hal y berlaku kat sekolah. bila aku balik nangis2, mak aku sibuk tanya kenapa. aku pun cerita la apa y terjadi kat aku. sekali lagi abg aku kena marah kat mak dengan ayah aku. mak aku cakap kalau dia main mercun ari ni mercun tu "makan tangan dia" jugak. abg aku bt don no je time mak aku cakap macam tu. langsung tak nampak takut.

nak dijadikan story, ptg tu aku ng mak aku tengah masak2 kat dapur. maklumlah aku mana ada kakak, so aku la y kena tolong mak aku masak. depan umah aku penuh dengan sepupu lelaki aku merangkap kawan2 abg aku la. dia orang ni sibuk pasang mercun. lawan mercun sapa paling kuat. tapi tiba2 ada satu mercun tu aku rasa paling kuat serta aku dengar orang menjerit. lepas beberapa minit, aku tengok abg aku balik sambil pegang tangan dia yang penuh dgn darah. ayah aku marah teruk bila tengok tangan abg aku tu tpi marah2 pun tak lama terus bawak abg aku pergi klinik dapatkan rawatan.

huh nasib baik tak putus tangan abg aku. kalau tak cacat la tangan dia. tapi teruk jugak la. jari telunjuk dia hampir2 putus jugak . masin mulut ibu bukan? sekali ibu kata terus terjadi. mungkin sudah takdir tapi aku percaya kata seorang ibu akan betul2 terjadi. kalau bukan sekarang mungkin akan datang.

moral value kat sini, tak payah la main mercun walaupun nak raya. korang main macam aku. main baling2 air dalam plastik. best tau main ni. kalau korang tak bijak cari peluang, jawabnya basahlah korang. aku sampai hari ni  tak berani nak main mercun. setakat bunga api tu aku main la..

Sunday 14 August 2011

♥ berbuke pose♥

pejam celik, tidur bangun, sudah 13 ari kite smua berpuasa kan??
sekejap je masa berlari skrg. kadang2 aku rase waktu siang sekejap sangat. yelah bangun tidur lewat sebab tu la rase sekejap kan!!(opss sudah pecah temberang bgun tidur lewat) klau mak tau sah pecah gegendang telinga ni dengar kuliah berapi..

lupekan hal di atas ye!! apa y penting kat sini aku nak story apa y buat ari ni. korang nak tahu aku gelak tak henti2 ari ni. mcm2 hal berlaku kat aku. (ak kan happy godlucky)..hehhe sebenarnya aku ikut apa kte org ganu. "SENYUM SOKMO" so aku senyum jela!!ishhh aku senyum ke gelak ni???gelak ng senyum same ke?? conpius la..hhaha biaq p la janji ak senyum kan..yela klau tak senyum macam mne nak gelak. korang boleh byangkan tak kalau gelak tanpa senyum???tak ke cacat tuh!!hahha

ari ni seperti biasa aku berbuka jam 7.25 P.M. tak lewat tak awal. perut y lapar kena isi dulu nak story kat korang..nanti story jdi tak best pulak. yela mne de semangat kan nak story kalau perut lapar.hehhe.
aku dan 8 lagi budak hitam y plan berbuka kat luar UNI ari ni. janji tetap janji. akhirnya kami dpat jugak mkan kat luar. nak tahu apa y kami makan???

                                                                         sebelum


                                                                   selepas

dasyat kan budak hitam ni semua mkn..sampai licin dia org bedal..tinggal tulang je..klau tulang tu boleh makan ak rase smua dia telan agaknya..hahaha..Nak tengok lagi apa y kami buat???

                                                                       sebelum azan


                                                                     selepas azan

ishhh sampai macam tu skali budak2 hitam ni mkan..ni betul2 lapar ni. hahha..tapi best sgat lauk kt kedai ni. nme kedai dia BB..klau nak rase sila2 la kunjung ye..jgan malu jangan segan.

kite tutup story time berbuke. skrg ak nak story psal kejadian2 lawak sepanjang ari ni. macam hal berlaku!!dari masuk longkang, jumpe org giler, kaki simpul biawak, kereta patah kunci, pinggang tertinggal kena langgar troli..hahahha. 

penat kot gelak. bile nak henti gelak ni. sudah2!!!berhenti gelak. (ishhh gelak lagi).

sebelum aku berbuke tadi aku pergi MBKT dulu. MBKT tu nme bandar Terengganu la. sampai kat tempat parking, first y buat aku ketawa sbb beg duit sorang bdak hitam ni jatuh longkang. ishh penting tu beg duit. macam mna nak buat ni???kami dah gelak sakang dah ni. bukan nak tolong ambil tpi kami tolong gelak. ahahha sudah2nya tuan punye beg duit ni jugak turun terjun longkang nak selamatkan beg duit dia.. nak tengok longkang macam mne??
                                                                    gambar google


huh penat gelak!! ni hal time setengah jam nak berbuke pulak. apa akan anda buat bile  kunci kereta patah kat stesen minyak?? cemas?? takut??gabra??ketawa?? or menangis?? ari ni kami dah jumpe tukang tolak kereta y hebat. nak tengok??


                                                                 hebat bukan??



kunci kereta patah

ni semua budak hitam ari ni.(tak termasuk ng aku tau)


happy, enjoy with u all.









Friday 12 August 2011

Ya, Kalau Aku Jatuh Cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang  yang melabuhkan cintanya padaMU,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU.


Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta,
izinkan aku menyentuh hatinya,
seseorang yang hatinya terpaut denganMU,
agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu.


Ya Rabbana, jika aku jatuh cinta,
jagalah hatiku padanya,
agar tidak berpaling dari hatimu.


Jika aku jatuh cinta,
pertemukanlah aku dengannya,
agar hati kami bersatu menjadi satu,
dan jika ia bukan untukku,
lindungi hatiku daripada terus terikat padanya.


JIKA AKU JATUH CINTA.

Tuesday 9 August 2011

ORG GANU KATE

org ganu kate:
hidup kalau dok baloh dok senang.
kalau baloh takboh depan2..
kalau baloh sokmo belakang2.
nakut nok kutuk depan2.
takut kene napo pree..

orang ganu kate lagi:
kalau dok cari baloh sari dok senang..
hal kecik je tapi mcm hal beso ngat..
pasal tu pon nak baloh gok ke??
ishhh org ganu tak pahang betul la ngan orang zamang skrg..
suke ngat buat hal..
buat hal nak cari baloh..

org ganu kate lagi:
kalau rase nok baloh jangan baloh sikit2.
baloh ahh beso lalu..
main ambik senapang gajoh g tembok orang.
pe kelahh main lawan mulut..
tak ngebokkk ahh..
skrg zamang modeng doh..
ambik pisto lalu..
hahhahaha

org ganu kate lagi:
jangan gok wak muke mcm berok makyih..
udohhh ngat nengok..
macam muke dok siap je..
ce senyum gok sikit..
hah kan org ganu kate "SENYUM SOKMO"
baik senyum dari tunjuk muke masam rebang..
leklek mcm buoh pelang tak cukup garam..


itu kata orang ganu..
kalau orang luar pulop kate lain..
kate nape??
entahh aku pun tak tau...
nak tau p la tanye dia sendiri..
jgan la tanye aku..

P/S: entry kosong dari Tuan Umah. Ada maksud tersirat ke?? emmmm entah aku pun tak tau..mungkin ada. mungkin tak.hehehehhe








Saturday 6 August 2011

♥ KeKePohAn ♥

helloppp kome2 semua...
kome berpose tak ai ni??
mesti berpose kan...
bagus jangan tinggal2 pose nanti tak dpat duit aye.


aku ni bau je lpas on9 facebook..
tgah2 on9 tetiba mai idea nk kongsi ng korang smua.
nak tau pe dia??
ni psal gaduh2 manja kat FB la apa lagi..
klau buke FB mesti aku gelak sorang2.
kadang2 tu nampak mcm org giler kot..
tpi itulah hakikat sebenar..

aku terfikir2 kenapa Group Mak jiran boleh pnggil kwan aku Beruang..

     (Syira@ umet aku)

itu!!! nampak tak dia tengah senyum tu. Gigi dia putih.
( putih dri gigi mak jiran)
aku pun tak tau apa y dia pakai smpai gigi dia putih mcm tu..
ishhh tpi tak patut Group mak jiran panggil dia 
"BERUANG FRESH & WHITE"
hahahah...
sebenarnya dia ni nme SYIRA@ SYIROT@ ROOT@AKAR KAYU..
semua kami pnggil kat dia..
jhat kan??
tapi itu la hakikat kami ni kawan.
maaf ye KAK SYIRA klau bt ko terasa dgan kami.


   (mak & anak2)


ni pulak family mak jiran. 
kalau bab mengutuk orang family dia la juara.
sentiasa bersatu menjayakan misi mengutuk mangsa2nya..
kadang2 aku jugak jdi mangsa..
ishhh kami hairan mcm mne mak dia ajar ye..
baik punye adik beradik..



    (Fae Brutal)

dia??entah byak aku nak cerita psal dia.
tapi tak tau dari mana nak mula.
dia kawan kedua terbaik pernah aku jumpe selepas "Ema si kecil"
walaupun kadang kala aku pun jdi mangsa dia tpi aku still ketawa.
Gelagak dia sebijik Ema. 
berkawan dgn dia seperti aku berkawan dgn ema.
Thank ye Fae sbb jdi kwan aku..
hehheehhe




ini kawan seangkatan dgnku lagi.
mereka ni??
ishhh tersangat lah kepoh..
asal jumpe gelak..asal gelak jumpe..
mcm2 kerenah dia org ni..
nampak je muke suci2 smua kan??
tapi bab nakal mereka2 ni lah juara..
kalah aku time kecik2 dulu.
hahhaaha


tapi kerana mereka aku tau erti ketawa berada dia UNISZA.
kerana mereka aku tau erti sahabat..
kerana mereka juga mengajar aku erti sebuah kehidupan..
tanpa mereka hidup aku mungkin kosong..
kosong dgan gelak ketawa..
kosong dgan bicara sehari2.
kosong sekosong numbor sifar.






Friday 5 August 2011

kesukaran si adik

helloppp...
selamat mlam..
sudah balik solat terawih ye???
ishhh mesti da balik kan semua..
ai pun dah lwat mlm da...

ai ni aku tak da pape nak kongsi pun pasal diri aku..
tapi aku nak gtau apa y seseorang tu rase..
kadang2 aku kasian kat dia..
tapi dah name student kan nak buat mcm mne agi..

ni pic si dia..
kalau kenal diam2 sudah la..
sebenarnya dia tak tau aku nak tulis entry kli ni psal dia..


ni zaman dia kanak2..
saje aku post pic ni sbb nak tunjuk dia sdang blaja skrg...

skrg si girl ni blaja kat POLI sabak bernam..
course y dia ambik tu maybe susah bagi dia tpi senang untuk org lain..
setiap ai dia asyik mengadu kat aku y dia tak dpt ikut apa y lec ajar..
dia tak faham apa pun kadang2 tu..
kasihan kan..

aku tak nafikan sejak dulu lagi girl ni payah nak faham matematik..
dia pling tak suke matematik..tapi
sekarang dia terpaksa blaja matematik, fizik, add math, sains..
emmm kasihan kan kat dia..

aku harap dia dapat teruskan apa yang dia blaja ni..
aku harap sgat dia tk berhenti blaja...
aku nak sangat dia berjaya satu ai nanti..
aku nak sangat dia hidup senang

aku harap Allah dpt bantu dia dalam pelajarn..
harap sangat dia mampu lawan semua dugaan yang mendatang..

k la aku pun tgah blur ni nak mengarang...
yelah dah lme tinggal karangan bukan..
sudah 3 tahun kot..
hehheh alasan je tuh..

k lah semua..
selamat berpuase tuk esok ye..
jgan lupe bangun sahur..
assalamualaikum.

Saturday 30 July 2011

betulkah ini??

Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat..Sama dengan hadis nabi pasal huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan.

Huru hara dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas kat bumi ni).

Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal Kalender islam 2012

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
 
P/S: adakah ini semua btul???YA ALLAH betapa takutnya aku..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...