Saturday, 11 February 2012

^dIrasUk JiN^

Assalamualaikum...
salam dihulurkan dri Owner-Hty y comel (perasan sokmo) hehhe
5 week from now, aku nak cakap aku betul..betul..betul.. SIBUK.
sangat sibuk dengan Tugasan y disiapkan disaat2 akhir dan sibuk untuk mengcover subject y masuk final exam. huhu seriusssslyyy penat macam nak nangis!!!

okey kat entry kali ni aku bukan nak story mory pasal kesibukkan aku. Tapi..okey ada perkataan TAPI disitu. hihi.. Aku just nak kongsikan dengan korang. maybe korang pun fameliya..eh2..eh2 tersebut name kawan aku pulak..hahha.. Aku nak cakap mesti korang familiar dengan Hasteria/ ganguan jin/ kena rasuk/ kena sampuk bukan??

hal ini dari dulu aku selalu dengar. kebiasaannya ia berlaku kepada manusia yang bertubuh lemah, tak kuat semangat, suka cakap besar, atau macam2 lagi lah faktor dia nak kena rasuk ni. ishhh kenapa aku post entry pasal kena rasuk ni?? hehhe..saje nak kongsi sebenarnya. 

semalam di hostel aku ada y kena. makk aiii sangat lama masa diambil untuk sembuh. macam mane aku tahu?? aku ada ke kat tempat kejadian? hehhe mesti korang nak tahu kan? sebenarnya girls y kena tu dibawa masuk depan bilik aku. dirawat kat situ..aku bukan main lagi takut. ya ampun suara dia sangatlah kasar. menjerit2. dia cakap "KAWAN AKU" entah sape la kan kawan dia tu. hehehe. aku duduk dalam bilik tak bukak2 pintu. penakut punye orang!! bukan takut tapi aku tak yakin aku kuat semangat. baik jangan cari masalah. Then bila girls y bawah ni reda sikit, ada sorang lagi student kat tingkat 2 y dirasuk..mak ampun dia berjangkit!! pada mulanya, student yang ambil bidang agama ni try handle. tpi tak jdi apa2 gak..betapa kuatnya jin tu..ishhh sampai lah ustaz dtg. tu pun ambik masa hampir 2 jam nak kuar benda alah tuh.. aku duduk dalam bilik senyap2. langsung tak buka pintu. Kalau fikirkan balik sikitla pentingkan diri disitu tapi nak buat mcm mane aku serius tak berani. Minta maap sebab tak menolong. 

huhu. kenapa benda ni boleh meracau manusia ye?? hairan aku. kenapa dia tak duduk je diam2 dengan keturunannya. jangan digangu anak cucu adam. okey dibawah aku ada nyatakan bagaimana untuk kita menghalau ganguan ini. marilah kita sama-sama mengamalkanya.

Membaca Ayat2 Ruqyah ,Al-Fatihah, Al-Baqarah 1-4, Al-Baqarah 163-164, Al-Imran 18, Al-Hasyr 1-3,Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

Membaca Al-Fatihah, Al-Hasyr 1-3, Ash-Shaffat 1-10, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas. 



Nota Kaki: Pohonlah agar Allah menjauhi dari kita semua kejadian2 seperti Ini.

Wednesday, 8 February 2012

%Success Tips%

suka saya ingatkan disini,
1 resepi kejayaan untuk semua,

Kejayaan= Usaha X [Doa + Yakin + Tawakal} - Kemalasan 


By:Miss Nana

Sunday, 5 February 2012

$ MauLUD RasUL at Sir Aziz House $



salam.
rasanya tidak terlambat lagi utk aku mengucapkan
"SALAM MAULIDUR RASUL "untuk semua
marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan NAbi kita.
*
*
*
amin. alhamdullilah tahun ini aku masih berkesempatan menyambut maulud nabi.
tahun hadapan? hanya DIA yang tahu!
sebab itu mengigati mati harus kerana saat kematian itu pasti.
adakah setahun lagi? sebulan lagi? satu hari lagi? or satu saat lagi kita mampu bernafas??
fikir-fikirkanlah.

sekarang aku sudah hampir 21 tahun hidup dibumi allah ini. Dan sudah 12 tahun aku meninggalkan alam persekolahan bersama-sama teman. saat maulidur rasul tiba, aku sering kali teringat pada saat itu, aku dengan gembiranya bangun pagi untuk ke sekolah. maklumlah setiap kali maulud nabi kita selalu berarak sambil memegang spanduk mengelilingi kampung sambil berselawat  beramai-ramai. alhamdullilah aku adalah salah seorang dari mereka yang merasai nikmat itu. 

dan kini, hari ini sekali lagi aku merasai nikmat itu. menyambut maulidur rasul. bukan seperti alam persekolahan. tiada perarakan dibuat. tapi nikmat itu tetap ada. menyambut maulud nabi di rumah Sir Aziz selaku pensyarah kewangan & perbankan. terima kasih Sir kerana menjemput kami ke rumah, walaupun kami datang hanya nak makan. hehhe.

sudah panjang aku rasanya. so seperti biasa gambar akan menjelaskan aktiviti yang dibuat kami: PEACE "senyum tak perlu kata apa-apa"


ini dia budak rewang!!
Finance Boy with En. Aziz Muda


Musa, Syida, Jot (Tudung merah), Fae (Peace)

Jet Jonah, Mama Ketam, Ruysi with Doc Azizah

Mak Jiran Family's

Hah isi dalam platik nak bwak p mane tuh hah???



basuh pinggan time

boleh buat calon menantu!! rajin.

                                                   *ViDEo ReWaNG Umah Sir AZiz*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...