Thursday 18 August 2011

Mercun VS Raya

Detikan jam berlalu meninggalkan Ramadhan
Bergantikan Syawal untuk kita raikan.


 Sebut pasal Syawal, kita tidak pernah lari untuk membahaskan isu tentang mercun bukan?? Mercun sudah sinonim dengan ketibaan lembaran utk umat islam. Kenapa isu ni aku bahaskan kat sini?? Sebab aku terlanjur membaca My Metro (18/8/11)  dan salah satu isu y menarik perhatian aku adalah "MERCUN DIGENGAM MELETUP"


                                      Mohd Shafik Zuhairi Zainuddin, 13,
                                  (mangsa kedua kemalangan mercun di Terengganu)

Kasihan bukan? tapi nasib sudah menjadi bubur. kalau menyesal time ni pun dah tak ada gunanya. Mengupas isu berkaitan mercun, teringat memory ak pda tahun 2002. Time tu ak masih lagi di sekolah rendah. Darjah 5.

Aku masih ingat hari itu, hari penghabisan sekolah kerana minggu depannya akan raya. Biasala kan kalau hari terakhir sekolah, mesti cikgu minta berkumpul dan macam2 nasihat cikgu akan bagi. Nak di jadikan cerita, aku ni satu sekolah dgn abang aku y kedua . Abang aku tu teramat la nakal. masa perhimpunan pagi tu, cikgu ada sebut pasal main mercun. cikgu pesan jangan main mercun, bahaya. lagipun bakar mercun ibarat kita bakar duit kita la kan. membazir je.

usai dari perhimpunan pagi, setiap kelas mesti melakukan gotong royong bersihkan kelas. yela tak kan nak tinggalkan kelas dalam keadaan y kotor. Syaitan mesti suka tempat kotor. aku time tu sibuk la menyapu sampah buang apa y patut. time aku tengah menyapu tu, aku tengok abg aku muncul kat depan pintu kelas aku. tiba2  aku dengar bunyi mercun meletup. terkejut aku. tapi y peliknya, lepas aku bunyi letupan mercun tu, aku tengok lengan baju aku berasap dan berlubang. time tu baru aku tau y mercun abg aku baling tu tersalah masuk kat lengan baju aku. apa lagi melalak la aku kan tahan sakit. dan akhirnya abg aku dirotan cikgu.

tu hal y berlaku kat sekolah. bila aku balik nangis2, mak aku sibuk tanya kenapa. aku pun cerita la apa y terjadi kat aku. sekali lagi abg aku kena marah kat mak dengan ayah aku. mak aku cakap kalau dia main mercun ari ni mercun tu "makan tangan dia" jugak. abg aku bt don no je time mak aku cakap macam tu. langsung tak nampak takut.

nak dijadikan story, ptg tu aku ng mak aku tengah masak2 kat dapur. maklumlah aku mana ada kakak, so aku la y kena tolong mak aku masak. depan umah aku penuh dengan sepupu lelaki aku merangkap kawan2 abg aku la. dia orang ni sibuk pasang mercun. lawan mercun sapa paling kuat. tapi tiba2 ada satu mercun tu aku rasa paling kuat serta aku dengar orang menjerit. lepas beberapa minit, aku tengok abg aku balik sambil pegang tangan dia yang penuh dgn darah. ayah aku marah teruk bila tengok tangan abg aku tu tpi marah2 pun tak lama terus bawak abg aku pergi klinik dapatkan rawatan.

huh nasib baik tak putus tangan abg aku. kalau tak cacat la tangan dia. tapi teruk jugak la. jari telunjuk dia hampir2 putus jugak . masin mulut ibu bukan? sekali ibu kata terus terjadi. mungkin sudah takdir tapi aku percaya kata seorang ibu akan betul2 terjadi. kalau bukan sekarang mungkin akan datang.

moral value kat sini, tak payah la main mercun walaupun nak raya. korang main macam aku. main baling2 air dalam plastik. best tau main ni. kalau korang tak bijak cari peluang, jawabnya basahlah korang. aku sampai hari ni  tak berani nak main mercun. setakat bunga api tu aku main la..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...